04 | 05 | 2024
Genap setahun tarikh fly ke Turki tahun lepas. Aku tak pernah jangka pun untuk ke Turki waktu tu lagipun banyak juga mehnah tribulasi sepanjang proses ke sana tetapi Alhamdulillah semuanya dimudahkan. Hanya menyahut seruan Ustazah Najihan dan ingin menghabiskan intern secepatnya, malas nak cari tempat intern lain dan berhajat nak terus belajar Risalah Nur.Tetapi ternyata, kembara ke Turki merupakan antara rezeki terbesar dalam hidup aku dan banyak mengubah pandang aku kepada kehidupan.
Jujurnya, hatiku separuh sedar je nak ke Turki waktu tu. Ada sikit excited tetapi entah hahaha. AKu hanya follow je kawan2 ; isi borang, pergi IV dengan Usim Alamiyyah, kawan belikan tiket, pergi kelas Risalah dan kelas Bahasa Turki, join program-program intern dan paling pelik boleh pula jadi moderator yang kalau fikir dengan akal logik; mustahil seorang Izzah mampu jadi moderator untuk sebuah forum; well, I'm not a person.
Bila direnungkan balik, semua tu dah berlalu dan sekarang hanya menjadi kenangan.
Antara mehnah dan tribulasi waktu tu ;
1) Gempa bumi yang berlaku di Turki.
Gempa bumi yang berlaku menyebabkan ibu bapa kami agak sukar untuk melepaskan kami ke sana ketika itu. Tetapi setelah dipujuk dengan mengatakan bahawa tempat yang kami tuju ini jauh dari tempat gempa bumi tersebut, InshaAllah selamat, blablabla akhirnya berjaya lulus oleh ibu bapa masing-masing.
2) Penerimaan Hayrat Turki untuk penempatan intern pelajar perempuan.
Plan asal memang nak ke Turki tetapi seandainya tak diterima, ustazah suruh tukar plan ke Sudan. Dah siap pun surat untuk ke Sudan waktu tu. Alhamdulillah, last minute akhirnya kami berlima diterima untuk penempatan intern ke Turki. Berangkatlah kami ber7 (dua lelaki, 5 perempuan) ke Turki. Tiket flight pun beli agak lambat jadi agak mahal dalam 3000++ waktu tu.
Sebenarnya waktu ke Turki tu aku sedang bersedih tetapi aku redah je dan segala emosi tu aku nafikan dan abaikan (buat macam tiada apa-apa yang berlaku eventhough my heart is crying deeply sksksksks). Preparation pun ala kadar ; gitu-gitu je. Tapi fikir-fikir kalau tertinggal barang ni, bukannya macam Nilai-Terengganu atau Nilai-Batang Kali (jarak rumah Kak Balqis dengan USIM) untuk patah balik ambil barang hahahaha jadi prepare la mana yang patut key. Esok fly, harini juga nak beli semua barang keperluan. K tipu je, tak semua tapi yang penting-penting baru nak beli malam tu. Windbreaker, handcarry semua beli sehari sebelum fly; I couldn't brain how this happened ; Still Alhamdulillah everything went well fuhh. Dengar taklimat fly dari Ustaz Hazwan pun dekat Lotus ya malam tu. Malam tu juga ustaz nak bagi taklimat dan malam tu juga tiba-tiba Ustaz cakap tempat intern tukar ke Bursa & Istanbul yang plan asalnya adalah Istanbul & Ankara. Macam wowww gitu esok fly, tetiba malam ni ustaz baru inform tukar tempat hahaha.
Antara sudut pandang hidup aku yang berubah;
1) Berani untuk mengzahirkan kasih sayang kepada orang-orang yang kita sayang dan orang-orang sekeliling.
Ulasan
Catat Ulasan