KAKAK

Jam 5.15 pagi 

"Ummi tak dapat tolong apa-apa. Cuma boleh tolong doa, hantar dan ambil akak gini je lah."

"Kena banyak-banyak sabar. Allah dah pilih akak. Allah tahu akak mampu buat."

"Akak kena banyak-banyak baca zikir. Baca Lailahailla anta tu. Baca ayat kursi ke."

" Ingat semula mcm mana akak susah belajar dulu nak sampai ke tahap macam ni sekarang ni."

"Akak kena niat untuk tolong pesakit juga.. Jangan semata-mata kerja je. Baru rasa seronok."

Sepanjang perjalanan menghantar kakak ke tempat kerja, telingaku hanya menadah mendengar nasihat Ummi yang tidak putus-putus buat kakak setiap pagi.

Sesekali aku mencelah juga tetapi kebiasaannya aku lebih suka mendengar. 

Keluar jam 5.00 pagi kemudian pulang jam hampir 11 malam. 

Hampir 17 jam sehari. 

Semoga kakak terus diberikan kekuatan dan ketabahan.

Semoga 17 jam menjadi ibadah yang berpanjangan.

Kakak kebanggaan kami dalam keluarga :)

Antara nasihat yang aku peroleh tentang bidang HO dari seorang Dr dan mungkin juga applicable untuk mereka yang tak bergelar Dr juga :

-Nawaitu kerja kena betul. Lillahi ta’ala.

-Masa dapat logbook, sila tengok objektif dan perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa posting berkenaan supaya kita dapat tahu apa expectation semasa di posting berkenaan.

-Kena ingat, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kuatkan semangat.

-Tiada duka yang abadi, akan ada cahaya di hujung terowong. Jika ada masalah, bersyukurlah, mungkin ada orang masalahnya lebih besar daripada masalah kita.

-Feeling discouraged? Remember, diamonds are made under pressure.




Ulasan