Game Faraidh


Harini, 10/10/2023, kawan-kawan aku ajak aku main Game Faraidh. Kami kena analisis game-game yang Dr beri untuk tujuan penambahbaikan bagi game yang akan datang. Aku pun mainla. Alhamdulillah, aku banyak termuhasabah waktu main tadi.

1) Banyaknya yang aku dah lupa waktu belajar STAM dulu. Bencana ilmu adalah lupa. Bila tak mengulang ilmu yang pernah belajar, memang akan lupa. Fitrah manusia mudah lupa. 

2) Aku suka ayat seorang sahabat aku ni. Dia kata, tak semua perkara kita tahu kat dunia ni. Ada sesetengah perkara yang orang lain dah tahu,  tapi aku tak tahu dan begitulah sebaliknya. Masa dia cakap macam tu, aku macam baru tersedar. Ilmu aku ni sikit sangat dan aku memang tak mampu nak faham semua ilmu pun. Setiap bidang ilmu tu ada ahli dia. Kat mana Allah letak kita, kat situlah kita usaha sungguh-sungguh untuk kuasai bidang yang Allah dah pilih untuk kita ni. Hakikat ilmu Allah ni terlalu luas. Macam dalam kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa tu, ada seekor burung yang sedang minum air. Air yang tersisa di paruh burung itulah lambang ilmu yang manusia ada berbanding ilmu yang Allah swt miliki. Hasil daripada air di laut yang burung tu minum tak menjejas sedikit pun air lautan tu.

Allah mungkin bagi kita ilmu yang berbeza-beza setiap seorang, tapi yg paling penting ilmu tu dapat mendekatkan kita dengan Tuhan. Dan ilmu tu ilmu yang bermanfaat. Kak Amira selalu sebut, disebabkan lambakan ilmu kt dunia ni, dan kadang2 kita keliru mana satu yang penting dan bermanfaat, jadi sebab tula Nabi ajar kita dengan doa ni,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Mungkin bagi aku antara faedah lupa adalah Allah nak suruh aku sentiasa belajar sebab manusia ni lemah dan tak mampu nak ingat sentiasa ilmu2 yang dia pernah belajar sebelum ni. Satu lagi, ilmu yang ada sekarang tak pernah cukup dan kena sentiasa cari ilmu. Allah nak ajar aku juga supaya tak sombong sebab ilmu² yang aku dapat harini pun hakikatnya daripada Dia, pemilik segala ilmu.


3) Perjalanan Kehidupan

Tema game ni nak tekankan pasal faraidh. Sasarannya adalah untuk student STAM. Main game ni ibarat perjalanan kehidupan. Lahir, berkahwin, beli rumah, ada anak, anak/pasangan mati, last sekali kita yang mati juga. Lebih kurang gitulah dalam game ni. Termuhasabah kami bila tengok last destination tu kubur. Perjalanan kehidupan yang berbeza tapi destinasi yang sama. 

Hakikatnya, kita semua sedang menuju satu destinasi yang sama iaitu kubur. Imam Nursi kata masalah kubur adalah masalah yang luar biasa dan dahsyat. Sbb manusia ni sentiasa risau dengan kematian yang boleh menjemput bila2 masa, tapi dia tak beramal pun sebagai persediaan untuk mati. Kan pelik? Dan walaupun seluruh kerajaan dan kelazatan dunia diberi dekat dia, tapi tetap tak mampu nak hilangkan kesakitan pedih yang dtg akibat kerisauan pd diri dia yang menunggu giliran untuk dipanggil ke kubur. Contoh mcm kita tengah tunggu giliran di klinik untuk dipanggil berjumpa Dr. Tapi bezanya menunggu giliran tu kita ada nombor giliran. Tapi nak jumpa Allah ni no gilirannya rahsia huhu. Pelik la kalau umat Islam tak fikir pasal kubur. Sebab kubur adalah masa hadapan yang pasti. Huhu.

Waktu main tadi, giliran aku dan sahabat aku bersilih ganti, "Takziah, anda kehilangan seorang anak perempuan." "Tahniah, anda mendapat seorang anak lelaki." "Takziah, anda kehilangan pasangan." Perkara2 sedih ni kita pasti akan lalui dalam hidup ni. Sebab dunia adalah medan ujian. Nak tunggu sehingga kita mati tu, mesti kita akan banyak hadapi ujian. Sebab Allah dah kata yang Dia cipta hidup dan mati ni untuk uji siapakah yang paling baik amalnya (67:2)

Banyak pulak yang aku termuhasabah, tanda kena banyak main game ke ni😆

Doakan aku rajin buat amal ibadat dan sentiasa ingat mati🤧

Ulasan