Sesi #BSS

 Setelah sekian lama join sesi BSS secara online, Alhamdulillah semalam berpeluang menghadiri sesi BSS secara fizikal di IIUM. Kagum dengan sosok peribadi seorang Bro Syarief, dari bidang Engineering ketika Degree kemudian terjun ke dalam bidang Qur'an Sunnah pada peringkat Master. Beliau banyak menganjurkan kelas-kelas baca kitab secara percuma kepada pelajar secara dalam talian dan masih istiqamah sehingga sekarang. Pastinya bukan senang, kerana ia menuntut pengorbanan yang tinggi walaupun yang hadir kadang-kadang hanya dua tiga orang.

Membaca kitab di waktu petang sambil menikmati keindahan alam di tepi tasik IIUM sangat menenangkan fikiran. Tajuk semalam agak menarik ;  Masyarakat yang tidak mendorongku untuk melakukan ketaatan dari kitab yang berjudul, "Jalan-jalan Menuju Bahagia" karya Dr Abdul Muhsin bin Muhammad al-Qasim.

Jika diperhatikan, pelbagai jenis masalah yang melanda masyarakar pada hari ini dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. 

Yang menyedihkan, kadang-kadang bukan masyarakat sahaja yang tidak mendorong, bahkan ada sesetengah keluarga yang tidak membantu untuk membuat taat ; mungkin lebih kepada tiada suasana beragama dalam sesebuah keluarga.

Menariknya, Allah datangkan kisah Nabi-Nabi dalam Al-Qur'an sebagai inspirasi dan dorongan untuk tetap berbuat taat dan meninggalkan maksiat walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Allah datangkan Kisah Nabi Yahya dalam Surah Maryam:14 sebagai motivasi untuk taat dan tetap berbuat baik kepada ibu bapa. 

وَبَرًّۢا بِوَٰلِدَيْهِ وَلَمْ يَكُن جَبَّارًا عَصِيًّۭا ١٤

"Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka."

Perkataan برا diambil daripada kata dasar ب ر ر yang bermaksud kebaktian. Apabila dijadikan بَرًّا, bermaksud ia adalah kebaktian yang amat tinggi. Bukan bakti yang biasa-biasa sahaja. Dalam Al-Qur’an, apabila digunakan perkataan بِر, ia bermaksud satu keadaan yang lebih tinggi daripada Taqwa. Ini kerana ia merangkumi iman, taqwa, syukur dan amal.

Dalam kebanyakan tempat dalam al-Qur'an, Allah menyebut tentang berbuat baik kepada ibu bapa sejurus selepas menyebut tentang tauhid. Hal ini menunjukkan kepentingan dan ketinggian amal untuk berbuat baik dengan kedua ibu bapa.

Kemudia, Allah menyebut pula tentang kisah Nabi Ismail ; seorang yang benar dalam menepati janji sebagai peringatan untuk mereka yang suka memungkiri janji.




Ulasan