Saya menonton sebuah video pendek di Instagram oleh Penerbitan Hayrat berkenaan kalimah Bu Da Geçer Ya Hu (Ini Jua Akan Berlalu). Kata-kata ini begitu popular di Turki sehinggakan ia sering dijadikan hiasan dinding rumah dan diukir di cincin.
Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika dahulu menghadapi pelbagai cabaran dan mereka tidak menakluk tiga benua dunia dengan mudah. Lantas apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan perkataan ini dengan harapan segala kesusahan yang dihadapi akan berubah kepada kesenangan.
Kisah asal usul kalimah ini diambil melalui riwayat Fariduddin Attar (m540H) daripada buku Tales from the Lands of Sufis.
Kisah ini agak panjang tetapi sangat menarik. Boleh tonton disini ; https://www.instagram.com/reel/C2t_foPP9kL/...
Seolah tevafuk dengan video ini, saya terbaca status yang ditulis oleh Dr Rozanizam Zakaria,
"Every storm runs out of rain"
Ungkapan metafora ini membawa maksud seteruk mana pun ujian, masa-masa sukar atau cabaran itu akan akhirnya akan berakhir, dan hari yang lebih cerah akan menyusul dengan izin Allah.
Ia menekankan sifat sementara setiap kesukaran, seperti ribut yang tidak berterusan, situasi sukar juga akan berlalu.
.
Dalam al-Qur'an juga, Allah menekankan sebanyak dua kali bahawa disebalik kesusahan, pasti akan ada kesenangan (94:5-6).
Kadang-kadang kita rasa putus asa dengan kehidupan, seolah-olah tiada jalan keluar daripada segala kesusahan dan permasalahan tersebut. Seolah-olah segala perkara menghempap kita dari segenap arah. Tetapi apabila kita memandang kembali ke belakang, ternyata kita berjaya mengharunginya dengan izin Tuhan.
Kehidupan akan tetap berjalan walau apa jua keadaan, yang mampu menguatkan kita hanyalah kembali kepada Tuhan dan bersangka baik kepada-Nya🥹 Untung kita menjadi orang yang beriman, sentiasa ada Tuhan tempat kembali dan berharap (04:104), (94:08).
Semua ini hanyalah sementara. Kesusahan, kesedihan, kesenangan dan apa jua yang kita miliki hari ini hanyalah sementara.
Kata Imam Nursi,
"Indeed every human being observed the nature based on his personal observational mirror. A person who is crying with extreme hopelesness and grieveness will see all creatures as if they are sad and losing their hopes.
While a person who is happy, being pleased, delighted and always smiled due to their joyfulness will observe the universe as always happy and smiling."
.
Bu Da Geçer Ya Hu,
This Too Shall Pass
Ini Jua Akan Berlalu.


Ulasan
Catat Ulasan