Doa buatmu Gaza

 


Semalam, angka kematian telah mencatatkan hampir 10,000 rakyat Gaza telah syahid😭 Ya Allah bantulah rakyat Palestin😭

Allah menuntut kita berusaha menurut kapasiti masing-masing. Dengan apa yang kita ada, dengan apa yang kita terdaya.

Ada satu kisah yang menginspirasikan saya iaitu kisah Nabi Ibrahim yang dicampak ke dalam api lalu datang seekor burung pipit yang gigih berusaha berulang alik beberapa kali mengambil air menggunakan paruhnya yang kecil untuk membantu menyelamatkan Nabi Ibrahim. 

Perbuatan burung kecil itu diejek dan diperhatikan oleh seekor cicak lantas ditanya kepada burung kecil itu, 
"Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"
 Lalu dijawab oleh burung pipit tersebut,
"Walaupun aku tahu aku tidak akan mempu memadamkan api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran mengikut kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri. Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak tetapi yang menjadi persoalan, adakah aku berusaha untuk membantu Nabi Allah itu. Jika nanti Allah tanya, aku ada jawapannya."
Bagi saya, kisah ini sangat memberi inspirasi untuk tetap berusaha walaupun usaha tersebut nampak kecil tetapi dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah pasti melihat dan mencatatnya walau seberapa kecil pun ia.

Sedekahkan apa yang termampu, panjatkan doa setiap waktu, sebarkan kezaliman pihak Zionis biar seluruh dunia tahu apa yang mereka dah buat terhadap saudara seislam kita disana! Sangat-sangat tak berperikemanusiaan. Rasa tak sanggup dah nak tengok video-video yang berlegar di medsos. Rasa sesak dada dan sedih sangat😭🥺

Mungkin kita merasakan usaha kita kecil, tetapi Allah memandang dan mencatat setiap usaha atau kebaikan yang dilakukan kerana setiap usaha yang dibuat sangat bernilai dan tidak pernah sia-sia.
Kalimah بيده الخير memberi khabar gembira kepada orang beriman bahawa semua kebaikan yang dilakukannya di dunia ini adalah dalam genggaman-Nya, setiap amalannya telah ditulis dan segala khidmat baktinya telah dicatat dan apabila dia meninggal kelak, dia sebenarnya dalam perjalanan untuk mengambil upah atas segala khidmatnya di dunia ini.

"Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak."
(Surah Ibrahim:42)

اللهمَّ انصر الإسلام والمسلمين في فلسطين وأعزَّهم
اللهم اجعل النصر قريبًا واجعل الفرجَ يأتيهم
 اللهم اجعلهم يشهدون عزةَ الدين ورفعةَ الراية
اللهم اجعل أرضَهم آمنةً ومستقرةً، وأربط على قلوبهم وألِّف بينهم
اللهم احفظ أهلَ فلسطين وبيت المقدس، واحرسهم من كيد الأعداء والظالمين
 اللهم انصرهم على الظالمين واجعل الحقَّ يظهر والباطل يزول
 اللهم ارحم شهداءَ فلسطين واجعلهم في عليين، وشفِ صدورَ أهلها وأنزل السكينةَ عليهم
 اللهم اجعلهم أُمةً واحدة تتكاتف في وجه العدو وتحقق النصر المؤزر، يا مُجيب الدعاء يا كريم..


Ulasan