Ambil Adik Sekolah

 Bila kena take turn untuk ambil adik-adik sekolah,

Sorang jam 12

Sorang jam 2.00

Sorang jam 3.30

Aku tolong jemput pulang dari sekolah je, hantar pagi2 masih abah lagi.

Tetiba termuhasabah macam mana ummi & abah hantar & ambil aku sekolah dulu. Hantar setiap pagi & ambil setiap petang bermula dari tadika sehingga ke universiti. Di universiti je naik bas sebab jauh. Lagipun dah besar, takkan nak hantar lagi. Manja sangat la kan🤪

Kalau diikutkan, ayah aku dah buat rutin hantar sekolah hampir berbelas-belas tahun dah kot demi bagi pendidikan dekat anak-anak.


Kalaulah Ummi & Abah malas nak hantar dan ambik aku waktu sekolah dulu, mesti aku tak dapat masuk universiti pun sekarang. Tadika pun tak dapat masuk apatah lagi universiti. Alhamdulillah, Allah izinkan dan bagi kekuatan untuk mak ayah aku hantar & ambil aku sekolah. Aku bersyukur juga sebab Allah kurniakan aku ibu ayah yang mementingkan pendidikan.

Aku terkejut dengar satu cerita ni. Anak pakcik ni dapat masuk sekolah bagus dan tak jauh sangat dari rumah tapi tolak untuk masuk sebab ayah dia malas nak hantar setiap hari. Tapi mungkin juga ada kekangan lain Wallahua'lam. Tapi secara zahirnya aku dengar cerita macam tu.

Ni baru sebut satu pengorbanan mak ayah. Berusaha bagi pendidikan yang baik dengan hantar ke sekolah. Betul lah, jasa & pengorbanan mak ayah ni tak mampu nak balas walaupun dengan segunung emas permata.

Infiniti penghargaan buat ibu ayah yang telah bersusah payah demi anak-anak. Semoga kita menjadi anak-anak yang tak pernah lupa jasa ibu ayah dan sentiasa berbangga dengan mereka.

Semoga Allah bagi ganjaran syurga yang tertinggi buat semua ibu ayah di dunia ni🤲🏻

Ulasan