Hari ini saya rasa gembira kerana dapat jadi produktif.

Selepas selesai mandikan adik, suapkan makan, siapkan dia ke sekolah,

Saya terus menyapu halaman, kemudian 'terak' (baca: susun) pinggan yang telah dibasuh, mengelap tangga yang berhabuk, membuang sampah-sampah yang penuh dalam setiap tong sampah di rumah, menvacuum rumah, menjemur baju. Rasa tak sempat nak bernafas! 

Sambil-sambil dengar lagu Erdogan. 

Saya gembira apabila ummi pulang, rumah kemas, baju bersidai, pinggan bersusun, sebab ummi suka lihat semua tu. 

Tapi semua ini menuntut kepada tenaga fizikal. Berbanding menulis dan belajar, ia lebih menuntut kepada pemerahan otak. Sebenarnya dua-dua melelahkan. 

Ulasan