Ada satu ungkapan yang menarik perhatian saya sewaktu kami muthalaah buku Risalah Para Pesakit karya Imam Said Nursi,
"Bagimu penyakit merupakan satu kesihatan, dan kesihatan pada sebahagian mereka yang sebaya denganmu merupakan satu penyakit."
Kenapa disebutkan penyakit merupakan kesihatan? Manakala kesihatan merupakan penyakit?
Kata Imam Nursi,
Ramai antara pemuda yang terjerumus ke dalam kelalaian, meninggalkan solat, tidak memikirkan kubur, melupakan Allah SWT kerana nikmat kesihatan yang diperoleh. Lalu, nikmat kesihatan itu memusnahkan kehidupan abadinya yang tiada penghujung kerana ditimpa ‘bala’ kesihatan.
Tetapi melalui penyakit, manusia akan melihat hakikat sebenar tentang kehidupannya, mula memikirkan tentang akhirat, jauh daripada kelalaian, membuat persediaan menuju ke kubur dan menghadapi kehidupan akhirat.
Kata beliau lagi,
"Penyakit-penyakit yang masih mampu ditanggung itu merupakan satu kurniaan Ilahi."
Kadang, kita melihat sakit itu satu bebanan dan mempersoalkan mengapa kita diuji. Sedangkan hanya Dia yang mengetahui takdir terbaik buat kita dalam hidup ini.
Apa yang Allah bagi pada kita pada hari ini,
Apa jua yang Dia tarik dari kita,
Semua ada hikmah yang tersembunyi.
Kadang-kadang ada antara manusia yang ditimpa musibah tetapi tidak juga mendekatkannya kepada Ilahi.
Kata Nabilah,
"Forgetting Allah is the real sickness."
اللهم اجعلنا من الذّاكرين اللَّه كثيرا، وجعل ذكرك أحب إلينا من الماء البارد على الظمأ. ولا تجعلنا من الغافلين.
Ulasan
Catat Ulasan