Keterasingan.
Berada sejauh 9067 km dari negara sendiri membuatkan perasaan bercampur baur.
Disaat pertama kali mengembara sejauh ini,
Sejenak terlintas perkara ini dalam fikiran sewaktu dalam perjalanan dalam kapal terbang,
Bagi kita yang beriman kepada Allah, hidup ini tidak pernah terasa asing sebenarnya.
Tidak terasa sunyi,
Tidak terasa takut,
Kerana keimanan itu hakikatnya membuahkan keberanian.
Kerana kita ada Allah, sebaik-baik tempat bergantung dan bersandar.
Mana2 tempat yang kita pergi, kita meyakini bahawa bumi ini milik Allah.
Semua perkara kepunyaan Allah, Dia Yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Alhamdulillah atas nikmat Iman & Islam yang kita perolehi hari ini.
Satu nikmat yang cukup besar dan perlu dihargai dan dijaga sebaiknya.
Bagaimana agaknya kehidupan mereka yang tidak beriman?
Siapakah yang dapat menyelamatkan mereka di dunia ini?
Kepada siapakah mereka akan bersandar dan meluahkan segala kekusutan yang ada?
Tentang segala kesesakan dunia, bagaimanakah mereka akan mengharunginya?
Sulit sekali hidup tanpa Tuhan.
Alhamdulillah atas nikmat Iman & Islam.
Nikmat yang cukup besar, perlu dihargai dan dijaga sebaik mungkin 🤍
اللهم أحينا على الإيمان وتوفنا على الإسلام، اللهم وارزقنا توبة قبل الموت وشهادة عند الموت وتثبيتا عند السؤال وسلامة على الصراط وعفوا عند الحساب، ورحمة تدخلنا بها جنتك🤲🏻

Ulasan
Catat Ulasan