Saya.
Tidak ada apa-apa yang menarik pada cerita kali ini.
Hanya berkisar tentang saya.
Tidak saya sangka sama sekali, Allah mentakdirkan saya untuk menekuni bidang ini.
Di bumi Nogori, jauhnya hampir 223 batu bersamaan 358 km dari negeri kelahiran sendiri.
Dan sesekali saya menyesali diri kerana tidak bersungguh-sungguh di jalan yang telah Allah pilih buat saya ini.
Saya ini kurang cerdik tetapi masih tidak sedar diri.
Semoga Allah sentiasa membimbing dan memberi petunjuk buat diri yang sering bingung ini.
Begitupun, tidak dinafikan terlalu banyak yang saya belajar sepanjang perjalanan 4 tahun ini
Manis dan pahitnya terangkum sekali
Wallahi, saya sangat bersyukur dan bakal merindui setiap memori disini
Kenangan bersama guru dan rakan terakam indah sekali
Dan satu perkara yang saya sangat pasti, takdir saya tidak sekali sia-sia disini
Perjalanan ini sudah diatur-Nya dengan begitu cantik sekali
Walaupun sudah di tahun akhir pengajian,
Saya masih merangkak dalam membaca kitab dan membariskan perkataan,
Namun tidak mengapa, kerana syukurlah akhirnya saya sedar bahawa saya ini masih sangat jahil lagi.
Ini bermakna saya perlu terus belajar dan belajar sehingga akhir nafas usia saya,
Bukankah hidup ini menuntut kita untuk belajar sepanjang hayat?
Dan perlu kita sedar bahawa tidak semua perkara kita tahu di dunia ini
Ada perkara yang awak dah lama tahu, saya belum tahu
Ada perkara yang saya tahu, awak belum tahu
Bukankah begitu?
Namun yang pasti, hidup sentiasa menuntut kita untuk terus belajar lagi.
Dan sentiasa memperbaiki diri.
Ingatkan kita pada firman Ilahi?
وَٱللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."
(An-Nahl : 78)
- Izzah Hanim

Ulasan
Catat Ulasan