“Sejarah Silam sebagai asas atau
batu loncatan untuk kita mulakan titik perubahan.”
Begitu kata Prof Rosni sewaktu
perjumpaan bersama kami beberapa minggu yang lalu.
Nasihat beliau lagi,
“Sejarah kita
yang buruk-buruk tu jadikan pengajaran. Saya dulu budak tak sekolah. Saya
berhenti sekolah. Lepastu bila tengok kawan-kawan pergi sekolah, terdetik juga
nak ke sekolah. Saya minta sekolah, tapi semua sekolah tak nak terima sebab
saya pernah berhenti sekolah. Lepastu saya cuba minta sekolah Arab, sekolah tu
je yang terima. Sekolah tu minta saya duduk kelas peralihan, tapi saya tak nak.
Saya nak duduk kelas no 3. Cikgu cakap mana boleh sebab saya tak sekolah. Saya
pun minta duduk kelas no 2.”
Cerita Prof sambil tersenyum.
Lepastu beliau berhenti sekolah
lagi sekali!
Tak lama lepas tu, ada seorang imam
yang ajak beliau ke pondok di Pattani. Disana, beliau habiskan pengajian Kitab
Nahu, Sorof dll selama 1 setengah tahun. Kemudian pulang ke Malaysia, beliau
minta sekolah yang ada sijil untuk sambung ke al-Azhar, Mesir.
Masuk sekolah tu, beliau dihina
kerana tak sekolah sebelum ni.
Diringkaskan cerita, Prof pergi ke
Mesir dan sambung belajar disana.
Antara perkara yang menarik
perhatian saya adalah cara Prof baca buku dengan menaiki bas ke sebuah
destinasi, pergi 2 jam dan perjalanan balik selama 2 jam. Jumlah 4 jam dapat
habiskan bacaan sebuah atau dua buah buku. Membaca buku di dalam bas. Mungkin mereka
yang belajar di Mesir boleh bayangkan suasana ini. Sangat menarik! (Kebiasaannya
kalau membaca dalam kereta, saya akan jadi pening)
Cara lain adalah menampal mufradat
di keseluruhan dinding dan menghafalnya. Bila kita banyak mufradat, lebih
senang baca kitab.
Buat apa saja yang kita suka, yang
penting dalam daerah halal (seiring dengan syariat).
Jangan terlalu pedulikan pandangan
manusia, yang penting apa yang kita buat Allah suka dan redha.
Kata Imam Nursi dalam Risalah
Keikhlasan dan Ukhuwwah,
“Perlu ada keredhaan Allah dalam
amalan kalian. Sekiranya Dia redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu
tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak, maka
tiada kesannya.”
Semua cerita yang Prof lakarkan
masih segar dalam ingatan saya sampai sekarang.
Sekarang Prof Rosni merupakan seorang Professor di USIM, pakar dalam bidang Sastera Islam dan telah banyak sekali menulis dan menghasilkan artikel-artikel berkaitan bahasa Arab dan Sastera Islam.
Terima kasih Prof kerana memberi kami inspirasi.
Semoga saya dapat mengikuti jejak langkah Prof suatu hari nanti Ameen.


Ulasan
Catat Ulasan