Kosong.



Saya pernah mengalami satu fasa dimana saya seolah-olah tiada perasaan.

Tidak merasai apa-apa.

Kosong.

Sesuatu yang bermakna di pandangan orang lain, tetapi hanya biasa-biasa dimata saya

Dapat berita gembira pun seolah-olah tiada apa yang berlaku

Sehinggalah saya dikejutkan dengan kehilangan arwah mokwo..

Itupun saya rasa biasa sahaja. 

Selepas beberapa hari, baru saya rasa sedih.

Kadang2 kalau teringat, saya akan rasa sedih yang teramat.

Dan saya akan menyesali hari-hari yang berlalu kerana kurang bakti pada arwah.


Saya pernah belajar bahawa Allah sebenarnya bagi kita perasaan ini untuk digunakan pada jalan akhirat. InshaAllah saya akan cuba jelaskan pada posting seterusnya memandangkan saya masih dalam proses belajar dan memahaminya.


Bayangkan bagaimana ingin hidup dengan 'tanpa perasaan'

Melihat orang lain sedih, gembira, menangis, ketawa

Tetapi sebaliknya kita tidak merasai apa-apa

Kosong.

Sesuatu yang di luar norma kebiasaan

Benarlah, perasaan itu anugerah Allah.

Ia perlu dihargai.

Sewaktu saya masih 'mempunyai perasaan'

Saya suka menulis dan meluahkan.

Tetapi disebabkan terlalu memikirkan pandangan insan, saya tidak menjadi diri saya sendiri lagi.

Apabila,

Kita tidak dapat merespons dengan sebaiknya

Tidak menghargai nikmat-nikmat/perkara disekeliling

Kita seolah-olah kehilangan diri sendiri.


Sekarang saya sudah kembali,

Perlahan-perlahan bertatih kembali,

Menulis dan mencoret serba sedikit tentang kehidupan ini. 

Doakan saya. 

Moga Allah beri kekuatan dan ketabahan untuk menempuh hidup ini.


Antara yang saya belajar dari ujian ini;

Belajar meluahkan.

Jangan banyak pendam.

Belajar memahami perasaan diri sendiri dan orang lain.

Jangan banyak fikir pandangan orang.


Hargai emosi yang Allah beri.


Ulasan