Adik-adik,
Pesanan ini mungkin biasa-biasa untuk adik-adik tetapi ketahuilah ia tulus sekali dari dalam hati kakakmu yang seorang ini. Sebagai 'anak sulung' yang masih bertatih disini, saya menitipkan pesan ini supaya adik-adik tidak menyesali perjalanan sepanjang 4 tahun di sini.
Jangan menyesal setelah 4 tahun disini tetapi kita tidak mendapat apa-apa. Sesungguhnya kos ini sangat seronok sekali dan luas cabang ilmunya dan sangat-sangat berhajat kepada pertolongan guru dan muzakarah rakan-rakan.
1. Tuntut ilmu sungguh-sungguh. Jangan malas.
2. Banyakkan jumpa lecturer. 'Manfaatkan' lecturer dan ilmu mereka. Sesungguhnya mereka sangat banyak ilmu dan pengalaman. Sangat rugi jika kita tidak banyak jumpa mereka.
3. Masuk kelas-kelas sampingan seperti kelas tafsir dan kelas hadis di fakulti lain bagi membolehkan adik-adik menekuni dengan lebih mendalam terutamanya subjek Stilistik Quran & Stilistik Hadis pada sem 6 & sem 7. Wallahi, saya hampir give up dengan kos ini. Tetapi subjek Stilistik ini yang membuatkan saya semakin jatuh cinta dengan al-Quran dan bersemangat mendalami kos ini. Subjek ini merupakan pemangkin semangat kepada saya dalam mendalami al-Quran. Tidak dinafikan subjek ini susah & berat, tetapi MashaAllah sangat seronok apabila kita dapat merasai mukjizat-mukjizat al-Quran. Subjek ini juga menjadi hujah yang sangat besar bahawa al-Quran tidak cukup setakat dihafal tetapi perlu ditekuni.
4. Jangan bazirkan masa. Kalau terasa malas, jemu, bosan dsb, banyakkan minta nasihat guru dan rakan. Dan sentiasa ingat, perasaan-perasaan sebegitu hanyalah tipu daya iblis & syaitan dan ujian-ujian sepanjang perjalanan.
5. Banyakkan muzakarah dengan kawan-kawan. Memang ada masanya kita perlu belajar sendiri, tetapi muzakarah dengan kawan lebih banyak membuka pintu-pintu ilmu dan memberi kefahaman.
6. Selalu minta doa ibu & ayah. Walaupun mereka mungkin tidak memahami kesusahan dan cabaran yang kita lalui tetapi hakikatnya, doa-doa merekalah yang menguatkan dan banyak membantu perjalanan kita disini.
7. Jangan terjebak dengan hubungan melainkan ada niat dan hala tuju yang jelas (baca: memang nak kahwin dalam waktu terdekat/semasa belajar). Kalau berniat nak kahwin selepas habis belajar, jangan sesekali terjebak. Fokus betul-betul dalam menuntut ilmu. Setiap orang ada jodoh masing-masing. Dan jodoh itu akan datang pada waktu yang tepat apabila kita benar-benar telah bersedia.
Kenangan bersama Dr Norfarhana Abdul Ghafar, Pensyarah Subjek Stilistik Hadith
.jpeg)
.jpeg)
Ulasan
Catat Ulasan