PERPUSTAKAAN


Bagaimana perpustakaan yang bersih, kemas dan tersusun ini tiada penjaganya?

Adakah boleh ia berlaku dengan sendirinya?

MUSTAHIL.

Perpustakaan yang indah, wangi dan tersusun kelengkapannya ini sudah tentu ada yang menguruskannya. 

Begitu juga dengan bumi yang indah ini, mustahil tiada Pencipta dan Pengurusnya bukan?

Gunung ganang yang tinggi, laut yang membiru, tasik yang indah tersergam, makhluk yang terdiri daripada pelbagai jenis, manusia, haiwan dan tumbuhan. 

Setiap rezeki diatur dengan sangat tersusun dan sempurna buat semua makhluk hidup.

Hatta semut yang di dalam lubang, ikan di dasar laut dan ulat dalam buah mendapat rezeki masing-masing dengan cara yang paling baik.

Sudah tentu ada yang mengatur dan menguruskan alam ini.

Siapakah Dia?

Dialah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu.

اِنَّ اللّٰهَ رَبِّيْ وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوْهُ ۗهٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيْمٌ

"Sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.” (Surah Ali Imran : 51)


Dialah yang menciptakan semua perkara di dunia ini. 

اَللّٰهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ ۙوَّهُوَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ وَّكِيْلٌ

"Allah pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu." (Surah al-Zumar : 62)



 

Ulasan