ADIK SAYANG.

 Mempunyai adik yang jaraknya hampir 18 tahun mengajar banyak perkara.


1. Wahai adik, aku menyaksikan segala pengorbanan ibu ayah dan jerih payah mereka sepanjang engkau membesar.

Sebagaimana melimpahnya kasih sayang yang diberikan ummi dan abah kepadamu pada hari ini, sudah pasti limpahan kasih sayang yang sebegitu jua telah dicurahkan mereka dalam membesarkanku suatu ketika dahulu sehinggalah di mana aku berada sekarang pada hari ini.

Tidak pernah kurang dan lebih.


2. Kesabaran yang sangat tinggi sangat diperlukan dalam membesarkan, mendidik dan melayan kerenah seorang anak.

Aku yakin dan pasti hadirnya engkau sebagai seorang anak yang istimewa adalah untuk mendidik sabar yang tinggi dalam diri kami.

Juga sebagai ladang pahala untuk mengurangkan lompong-lompong amalan kami selama ini.

Wahai adik, engkau anugerah istimewa daripada Ilahi yang sentiasa di hati kami.

Semoga Allah memberi sabar yang tinggi dalam diri kami dan engkau menjadi syafaat buat kami di akhirat nanti 🤲🏻


3. Kesanggupan ibu ayah berkorban apa sahaja untuk kejayaan anak-anak dan juga dalam memberi keselesaan buat mereka. Biarpun kadang-kadang mereka sendiri yang menderita.

______________________________

Lalu, bagaimana bisa seorang anak berlaku sombong pada ibu ayahnya apabila dia meningkat dewasa? 😔

Sesungguhnya, kelelahan yang ditanggung ibu ayah sepanjang membesarkan seorang anak tidak mampu dibalas walaupun dengan segunung emas permata.

Kasih sayang mereka tiada galang ganti.

Juga, semoga kita tidak lupa segala kebaikan daripada ibu ayah buat seorang anak pada hari ini adalah tajalli kasih Ilahi.

Maha Baik Allah yang mencampakkan rasa kasih dan sayang dalam diri ibu dan ayah dan terpancarlah kasih sayang itu kepada anak-anak.

Semoga diri yang menulis ini menjadi anak yang sentiasa berbakti buat kedua ibu ayahnya dan mengenang jasa-jasa mereka yang telah lelah dalam membesarkan.

Dan semoga Allah panjangkan usia kedua ibu bapa kita dalam ketaatan kepada-Nya sentiasa.

20092022












Ulasan