Wacana Sastera Islam : Ketika Tukang Pena Berbicara

 Bismillah...



Alhamdulillah hari ini mendapat khabar gembira setelah Allah beri sedikit duka..

Pada awalnya, saya hanya menyertai pertemuan secara dalam talian dengan Puan Nisah Haron, pensyarah yang membimbing kami dalam penulisan Kreatif bersama rakan-rakan hanya untuk mendengar perkongsian beliau tentang bagaimana menulis berita tanpa ada niat untuk menghantar karya.

Apabila selesai mendengar taklimat dan ditanya, "Izzah nak pilih yang mana?"

Kerana segan dan malu untuk menolak pelawaan puan, 

" Emmm.. Saya memilih untuk menghantar di Tunas Cipta, puan."

Dengan teragak-agak saya menjawab.

Alhamdulillah, artikel yang ditulis pertama kali tersiar dalam ruangan berita Tunas Cipta. 

Saya gembira, Alhamdulillah.

Begitu jua, tidaklah mampu saya menyiapkan semua ini sendiri. Banyak sekali bimbingan yang Puan Nisah berikan. Kalau diikutkan tulisan saya yang tak seberapa itu tanpa suntingan daripada Puan Nisah, sudah pasti artikel itu tidak layak sama sekali untuk disiarkan.

Semuanya ilham daripada Allah, hasil usaha guru kami, Prof Madya Dr Hishomudin Ahmad, bimbingan dan tunjuk ajar daripada Puan Nisah, doa ummi dan abah dan tak lupa juga sokongan rakan-rakan.

Mungkin kejayaan ini hanya kecil bagi pandangan orang lain, namun mudah-mudahan ia mampu menjadi pemangkin semangat untuk saya menyebarkan kebaikan melalui tulisan.

Dari awal program, saya berasa teruja sehingga mencatat segala nota dan pesan yang diberikan panel. Mungkin kerana itu saya memilih untuk mencuba mengabadikan momen-momen itu bukan hanya dalam ingatan bahkan juga dalam tulisan.

Antara kata-kata Puan Mahaya Md Yassin yang memberi kesan,

 "Setiap perkataan yang kita tulis, ingatlah kita adalah hamba dan khalifah."

"Gunakan penulisan sebagai medium dakwah dan sebarkan kebaikan."

Juga pesanan daripada Puan Rozninah, Mantan Editor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

" Selain terapi bagi diri, menulis juga adalah untuk bekalan di sana nanti."

Saya berasa sangat teruja dan seronok sekali bertemu para panel dalam wacana tersebut. 

Segala puji bagi Allah kerana direzekikan berada dalam majlis tersebut.

Semoga Allah rezekikan kita bersua kembali, tidak disini semoga disana nanti.

Jemput baca disini :

https://tunascipta.jendeladbp.my/2022/07/04/bahasa-modal-peluang-menulis/

Para panel yang sangat memberi inspirasi. Dari kiri : Saudari Adniey, Puan Rozninah Abd Azib, Puan Azian Mohamed Isa dan Puan Hajah Mahaya Md Yassin


Bersama para panel, pensyarah dan sahabat-sahabat yang dikasihi

 
Bersama Puan Nisah Haron, pensyarah Subjek Penulisan Kreatif juga Penulis yang mahsyur di Negeri Sembilan. Terima Kasih Puan, hanya Allah yang mampu membalas budi baik Puan!


Bergambar kenangan untuk Program Wacana Sastera Islam : Apabila Tukang Pena Berbicara



Ulasan