Nikmati segala nikmat dengan gembira
Tidak perlu bersedih dengan nikmat yang tiada di depan mata,
Cukup bersyukur dan menghargai apa yang ada
Jangan pernah dipandang apa yang tiada
Jangan sesekali disesali apa yang diambil kembali
Kerana Dia Pemilik Nikmat,
Harus memberi dan menarik kembali
Nikmat-Nya melimpah ruah sentiasa
Andai kau hitung takkan pernah habis dikira
Secebis roti mampu menjadi satu nikmat yang berharga
Saat kau tidak punya apa-apa
Izzah Hanim
Ulasan
Catat Ulasan