Nasihat kehidupan


Bismillah. 

Saya tertarik melihat sebuah perkongsian di Youtube tentang dialog seorang cucu dan seorang datuk. Bagaimana seorang muda yang masih mentah dan seorang datuk yang telah berpengalaman memandang dunia melalui perspektif masing-masing. Apa yang saya boleh simpulkan ;

Hakikat kehidupan akan tetap berjalan. Namun kita yang memilih bagaimana untuk menjalani hari Sama ada dengan sedih,gembira,teruja atau putus asa. Sama ada dengan berusaha menabur budi atau hanya sibuk menguruskan diri. Berusahalah untuk sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

1. Waktu muda adalah perkara berharga yang sangat diinginkan semula oleh mereka yang telah dewasa.

2. Waktu muda adalah waktu kekuatan untuk mengumpul sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan.

3. Semua orang akan tua dan akan meninggal suatu saat nanti

4. Kebahagiaan hidup hanyalah dalam keimanan. Bahagia yang sebenar adalah apabila kita berada dalam keimanan.

6. Kecantikan fizikal semuanya adalah sementara. Yang abadi hanyalah kecantikan hati dan budi.

7. Kita tidak perlu tunggu untuk menjadi kaya untuk bahagia.

8. Lakukan sesuatu yang kamu suka dan yang menjadikan kamu lebih baik kerana ketika kita bahagia, orang lain pun akan turut merasa bahagia. Bagaimana mungkin orang yang tidak bahagia mampu membahagiakan orang lain?

Kata pepatah Arab,

من أسعد الناس ؟

Siapakah manusia yang paling bahagia?

من أسعد الناس 

Mereka yang membahagiakan manusia yang lain.

Uniknya bahasa Arab, hanya baris pada huruf Dal sahaja yang berbeza 

(Ayat atas - huruf Dal baris depan, Ayat bawah - huruf Dal baris atas) tetapi cukup memberikan makna yang berbeza!




Ulasan