KEPUTUSAN

 



Bismillah..


Setiap hari kita berjuang dalam membuat keputusan

Hatta dalam sekecil-kecil perkara sekalipun

Ingin teruskan tidur atau bangkit dari empuknya tilam?

Ingin sarapan sekarang atau sekejap lagi?

Sehinggalah pada sebesar-besar perkara

Ingin sambung belajar atau bekerja?

Ingin kahwin atau bantu ibu bapa terlebih dahulu?

Hidup kita sentiasa di atas pilihan

Dan sebenarnya setiap masa kita perlu membuat keputusan.

Bagaimana ingin membuat keputusan yang tepat?

Ilmu dan imanlah yang akan memandu kita dalam setiap keputusan yang kita ingin ambil.

Dan juga prinsip yang kita pegang.

Ada satu cerita tentang guru kami yang dikasihi..

    Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti. Mempunyai cita-cita untuk sambung belajar ke luar negara.. Mengetahui bahawa tidak mampu mencapai cita-citanya disitu, beliau berpindah ke sebuah institusi yang lain. Alhamdulillah mendapat tawaran ke tempat yang dikehendaki. Apabila pulang ke Malaysia, mendapat jawatan yang tetap sebagai seorang pensyarah. Ketika itu juga, suami beliau membuka sebuah madrasah di negeri yang berlainan. Disebabkan itu, beliau terpaksa berjauhan dengan suami. Menyedari bahawa tempat asal seorang isteri adalah di sisi suami, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kemudian mengikut suami. Mengambil keputusan untuk berhenti sebagai seorang pensyarah dengan jawatan dan gaji yang tetap MashaAllah. Sungguh, bukan satu keputusan yang mudah! 

    Kemudian selepas berpindah, beliau mendapat satu tawaran sebagai pensyarah di negeri tersebut. Kekalutan dan kesibukan sebagai seorang pensyarah menyebabkan keadaan anak-anak sedikit terabai. Pada suatu hari, anak beliau yang paling kecil terlekat tulang sewaktu makan nasi dengan kakak-kakaknya. Beliau sangat terkilan dengan perkara ini kerana kesibukan beliau menyebabkan keadaan anak-anak agak terabai. Menyedari tugas asal dan hakiki seorang wanita adalah menguruskan rumah tangga dan anak-anak, beliau nekad untuk berhenti sekali lagi sebagai pensyarah! MashaAllah. Sebagai ganti kepada tugas-tugas mengajar beliau dan kecintaannya yang sangat dalam kepada ilmu, beliau telah membuka sebuah madrasah khusus untuk muslimat. 

Semoga Allah sentiasa memberkati guru kami.

Kisah di atas adalah sebuah inspirasi tentang seseorang yang berpegang teguh pada prinsip. Sekiranya seseorang mempunyai prinsip, dia tidak akan sesekali teragak-agak dalam membuat keputusan dalam hidupnya.

Semoga Allah menjadikan kita seorang yang berprinsip berlandaskan Quran dan Sunnah dan memandu setiap keputusan yang dibuat dalam kehidupan. Amiin






Ulasan