ALLAH

 



Tiap kali kau rasa sesak dengan dunia, ingatlah bahawa ia adalah medan ujian semata

Sifatnya tidak tetap, sementara sahaja

Segala kesusahan dan kesulitan yang dihadapi hari ini akan berakhir

Segala nikmat dan kesenangan suatu masa nanti akan habis

Dia boleh mengambilnya pada bila2 masa,

Pada waktu yang kau bersedia atau mungkin juga tidak,

Sama ada kau yang akan meninggalkan atau kau akan bakal ditinggalkan


Lalu, bagaimana kau boleh meninggalkan Allah sedangkan,

Yang kekal dan setia hanyalah Dia,

Yang memberi pelbagai nikmat adalah Dia

Yang mampu menyelamatkan kau daripada segala kesusahan dan bebanan  hidup hanyalah Dia

Sebaik2 tempat persandaran dan pergantungan adalah Dia.


Mungkinkah aku termasuk daripada kalangan orang yang melupakan-Nya? 


😭😭😭😭


Ampunkan aku wahai Allah,

Yang banyak sekali melupakan-Mu,

Yang sering lalai, jauh drpd mengingati-Mu,

Terlalu asyik dengan dunia yang hanya bersifat sementara.

Ulasan