25 Ramadan.
Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tetamu istimewa ini pergi meninggalkan kita.
Tiada sebarang surat sandaran mahupun surat sokongan yang mengatakan bahawa kita pasti akan bertemu lagi dengan tetamu ini pada masa akan datang.
Menghargainya sebelum ia betul-betul pergi meninggalkan kita.
Tidak pernah terlewat,
Selagimana masih mempunyai ruang dan peluang,
Selagimana masih dipinjamkan nyawa oleh-Nya
Ayuh bersama perbanyakkan ibadah dan amalan!
فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا
"...Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, hendaklah dia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya." (Al-Naba' :39)
Semoga Allah memberikan kekuatan yang berterusan 🤲🏻

Ulasan
Catat Ulasan