KERJA

 Kita biasa dimomokkan dengan tiadanya peluang pekerjaan..

Sehingga kita takut apabila memikirkan tentang masa depan..

Sering kali persoalan seperti, "Aku nak kerja apa? " menganggu fikiran kita..

Hanya melalui keimanan sahaja, kita akan yakin dan tenang untuk menghadapi hari mendatang..

Kerana kita mengerti bahawa setiap rezeki itu jaminan Tuhan..

Sebagaimana dia yang memberi kehidupan, Dia juga yang akan meneruskan kehidupan itu dengan rezeki..

Sebagaimana ulat yang paling kecil memperoleh rezeki dalam keadaan yang terbaik, apatah lagi kita manusia ini..

Apa yang penting sekarang adalah melakukan yang terbaik dan menggunakan sebaiknya juz ikhtiyari yang dianugerahkan-Nya..

Belajar dan terus belajar..

Sampai masanya, kita akan diperlukan untuk berkhidmat..






Ulasan